Thursday, 19 January 2012

JANGAN SALAHKAN ANAK DERHAKA


Assalamulaikum and hello ! my dearest blogger :)
firstly , sory if title entry ni mendatangkan ketidakpuasan hati beberapa pihak . (menunduk sambil buat muka 50sen) . peace yo ! Bukan nak mencari kesalahan orang . Just nak berkongsi pendapat :) Anak Derhaka . Isu ni sampai kiamat pon takkan habis kot . ( fakta okay ! )

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

anak ni , bukan lahir2 je terus jadi kurang ajar . no No NO !! keadaan sekeliling yang mengajar dia jadi urang ajar . agree ? NO ?!!
okay , let's see :) The reason why anak2 kurang ajar ..


Sebab pertama : Dia rasa tidak di sayangi
Anak akan memberontak jika dia rasa dia tidak di sayangi oleh anda dan ahli keluarga. Apabila anda selalu marah – marah, dia akan rasa anda benci pada dia dan dia akan memberontak dan terus memberontak selagi dia rasa tidak di sayangi. Tunjukkan lah rasa sayang tu . Kalau anak tu sukses study ke , menang pertandingan ke ..ucapkan tahniah or peluk dia . barulah dia rasa diri tu dihargai .

Sebab kedua : Dia ingin dapatkan perhatian dari anda
Sifat cemburu antara adik beradik pasti ada. Untuk dapatkan perhatian lebih dari anda, dia mungkin akan memberontak dan bersikap negatif. Pergaduhan juga mudah berlaku kerana sikap tidak puas kerana kurang diberi perhatian.Toksah lah pilih kasih norrr .
Sebab ketiga : Dia rasa kecewa dengan kehidupan dia
Anak memberontak kerana dia rasa tidak bersyukur dengan kehidupan dia. Dia mahukan lebih tetapi anda tidak mampu memberi kehidupan yang dia mahu. Berusahalah untuk memberi penjelasan kepadanya sehinggalah dia terdetik untuk memahami situasi yang ada. ( bukanlah bermakna bagi semua yg dia nak . naik lemak dah tu ! )
Sebab keemapat : Dia rasa kurang yakin
Anak yang baik kadang – kadang berperangai jahat di sebabkan kurang yakin. Sebab itulah dia ponteng dan sebagainya. Pada kebiasannya perkara ini berlaku apabila di berputus asa dalam menghadapi sesuatu. Apabila beban yang mendatang semakin besar, maka ia akan terus meninggalkan perkara itu.
Sebab kelima : Dia ikut sikap ibu bapanya
Anak – anak selalunya akan mengikut perangai ibu bapanya. Jika ibu bapanya kuat menengking, dia juga akan kuat menengking. Kalau mak nye kuat terjerit terlolong , anaknye pon same lah ye .Bak kata peribahasa, “Like father like son”
Sebab keenam : Dia rasa usahanya tidak di hargai
Anak – anak mahu di puji bagi setap pencapaian yang mereka lakukan. Apabila anda tidak memuji mereka, mereka rasa mereka tidak di hargai dan akan mula memberontak untuk menyatakan isi hati mereka. Apabila dia berusaha sepenuh hatinya dan mendapat hasil kejayaan, tetapi tidak sesiapa yang mengendahkan kepuasannya, maka ia berasa sedih dan tidak akan cuba berusaha lagi kerana baginya semua usahanya adalah sia-sia.
Sebab ketujuh ; Dia rasa tidak sihat, lapar atau letih
Anak – anak akan mula berubah sikap secara mendadak apabila da rasa sakit,lapar atau letih. Anda mungkin di tengking jika anda tersilap menegur mereka berada dalam keadaaan ini.
Sebab kelapan : Dia rasa marah atau fikiran terganggu
Jika anak – anak anda terlalu cepat berubah sikap, fikirannya mungkin terganggu. Anak – anak ini masih kecil dan muda. Jadi, mereka tidak dapat menyerap tekanan dengan cepat lalu menyebabkan fikiran terganggu. Keadaan yang rusing dan bingung akan membuatkannya tertekan dan mudah melenting. Jangan ditunjuk sikap yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada anak2, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka…
Sebab kesembilan: Dia rasa seperti tersisih dari keluarga
Anak – anak mahukan segalanya sempurna dalam hidup mereka. Jika dia rasa dirinya terabai, dia akan memberontak sebagai isyarat kepada anda bahawa anda telah lupakannya. Majoriti anak yang lari dari rumah dan memberontak secara tiba-tiba adalah kerana tidak tahan disisihkan.
anak kecewa
Sebab kesepuluh ; Dia mahukan sesuatu dari anda
Kadangkala anak – anak memberontak kerana dia mahukan sesuatu dari anda tetapi tidak tahu bagaimana hendak nyatakannya. Anak mempunyai pelbagai ragam yang tidak disangkakan ini termasuklah perasaan malu yang kadang -kadang nampak tidak bertempat.

Anak-anak pun ada perasaan jugak :)
wahai parents-II , sila jangan marah , jangan angry , jangan bengang , jangan sentap .
budak kecik mohon maaf :) peace yo !


suka tak ? suka tak ? like lah !

13 budak pandai bagi pendapat:

Elih Japahar said...

Betul, kdg2 bila terlalu busy dan banyak masalah hidup..anak2 terabai..harap boleh menangani masalah ni bermula dr keluarga kita sendiri nanti :) follow u back here..salam pkenalan

emira shafiqa said...

Kadang-II parents ni tak sedar @ buat-II tak sedar kesilapan diorang dalam mendidik anak . salam perkenalan juga ^^

Nonny said...

da follow sini..nice entry ..

emira shafiqa said...

thanks ^^

mohdhazlan Dreadlock said...

ank adalah kain putih yg ibubapa kn mencoraknya ...

emira shafiqa said...

mohdhazlan Dreadlock agree !:D

Fasya Mokhidin said...

betul tu. bdk2 skrg manja2 belaka. most of them.

btw, nice entry :)

emira shafiqa said...

thanks ^^

seorang insan :: AMB said...

setuju..done follow

emira shafiqa said...

thanks a lot :)

Dhea Ahmad said...

bagi sis, pokok pangkal adalah agama...salam kenal dear...all the best ya

Pesona Algebra said...

haha, nice story there,, bdk nak i pad too, x thannnn..

emira shafiqa said...

@nadia arrumaisha : ye sis . terima kasih :) salam kenal !
@pesona algebra : thanks ! haha . idea spontan ~