Tuesday 3 January 2012

٩(•̮̮̃•̃)۶ Cinta main-main ٩(•̮̮̃•̃)۶

Assalamualaikum :)
nothing to celoteh , just nak share something yg agak penting kat sini . oke ! nampak tak tajuk tu ? nampak ke tak ? nampak kan *oke good ! ( tepuk tangan utk diri sndiri pehlisss --' )
fiqa mule berminat dgn 1 majalah ni . agak interesting lah . ala ala solusi gitu ~ but , bacaannya lebih santai lah . sesuai untuk remaja , mudah utk difahami :)


oke , ni majalah yg fiqa cakap tu . hope korang beli lah ek ! tak mahal pun . RM7 je :D

oke , back to the topic . fiqa tertarik utk share dgn korang bile terbace topik at ruangan warkah abang long
ni . "cinta main-main" fiqa mengopy and mengepaste je lah dari mags tu ye . tak reti sgt lah nak ubah2 . hee :D
enjoy !

Assalamualaikum adik akak ,
Akak harap adik akak semua sihat walafiat dan dapat menjalani segala ibadah dgn tenang dan penuh keberkatan.Untuk memulakan bicara ini , akak ingin membacakan doa agar kita sentiasa berada dlm naungan islam yg tidak berbelah bagi dan terus istiqamah :)
"Ya Allah , sesungguhnya kai memohon perlindungan-Mu drpd kelemahan ,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur .Ya Allab berikanlah ketakwaan kpd kami dan sucikanlah ia , kerana Engkau-lah sebaik-baik Tuhan yg menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya .Ya Allah kami memohon perlindungan-Mu drpd ilmu yg tidak bermanfaat hati yg tidak khusyuk , nafsu yg tidak puas dan doa yg tidak makbul ."
Amin ya Robbal alamin ~

Wahai adik akak ,
Disini akak nak sentuh sikit tentang sayang-menyayangi , rindu-merindui dan cinta-mencintai .Sebenarnya dari dulu lagi 
akak hendak beritahu atau sampaikan sesuatu tentang perasaan tetapi baru kali ini akak berani meluahkannya .
Buka apa, akak ampak adik akak pun dah mencapai tahap 'young-adult' jadi akak fikir inilah masa yg sesuai utk akak mencurahkan pengalaman dn nasihat ,walaupun akak tahu adik akak akan berasa bosan apabila mendengar perkataan nasihat . Akak peduli apa , sebab tugas akak ialah menyampaikan dan menceritakan sesuatu utk diambil manfaatnya .

Wahai adik akak .
Akak tahu , belajar di sekolah akan menjadi bosan dan menjemukan jika kite hanya belajar-belajar-belajar tanpa membuat atau menyertai aktiviti lain yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tension . Am i right ? Juga , pemandangan dalam kelas akan menjadi kelam jika setiap hari kite melihat wajah yang sama-hari2 tengok muka kawan sebelah-seperti tiada wajah lain yg boleh menjadi penyeri mata ( gurau saja .. harap tidak ada yg menganggap rakan itu sebagai org yg membosankan )
 Kemudian kita terfikir ,alangkah baiknya jika di sekolah ini ada sesuatu atau seseorang yang boleh menjadi sumber inspirasi dan menaikkan semangat utk belajar . Maka mulalah nanti kita mencari sumber inspirasi itu . 

Wahai adik akak ,
Jika kite telah meletakkan sepenuhnya 'soul' kite kepada sesuatu itu sebagai sumber inspirasi , dan apabila berlaku sesuatu yg buruk kepadanya maka hampalah jiwa kite nanti dibuatnya .Sama lah juga bagi sesiapa yg menganggap seseorang sebagai sumber inspirasi utk menjadi semangat hadir ke sekolah . Lama-kelamaan sudah pasti sumber inspirasi itu akan menjadi abang , atau kakak atau menjadi adik angkat yang seterusnya bercambah melahirkan rasa cinta sesama pelajar . am i right ?
 Satu saja pesanan akak utk 'pencinta muda' - supaya sentiasa ingat akan amanah kita sebagai seorang pelajar , amanah kita sebgai anak kepada ibu dan ayah , amanah kita sebagai murid kepada guru . Sememangnya perasaan cinta itu sukar utk dikawal tetapi percayalah ! dengan berdoa kpd Maha Pencipta dan tekad yg ada dlm diri ,insya-Allah dgn izin-Nya ia bukan lah sesukar mana .Lihatlah harapan yg diletakkan ke bahu kita oleh ibu dan ayah yg telah membesarkan kita .

Wahai adik akak ,
Cukuplah utk kali ini . Semoaga adik akak mengambil manfaat drpd apa yg akak katakan di sini . Wassalam :)


suka tak ? suka tak ? like lah !

2 budak pandai bagi pendapat:

||aLeaSaRa|| said...

mmg bgs majalah ni tapi x sempat lagi nk jadikan koleksi.hurm dpt gaji ni blhlah akak cari mjlh ni utk tmbhkan lagi ilmu di dada..

p/s--?owh url blog kite lbh kurang sama suka ^*...akak nk touch ur heart...adik pulak nak jd muslimah sejati ^^

emira shafiqa said...

haha . best kan kak ! :D
sama ka ? jyeahh ! hehe